SEJARAH SEKOLAH

Sejarah Sekolah SK Tanjung Minyak 2

Projek pembinaan Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2 bermula pada 10 hb Oktober 2012. Selepas mendapat miliki tapak seluas 13 ekar di Mukim Tanjung Minyak berdepan dengan Taman Tanjung Minyak Utama. Tanah ini sebelum ini dimiliki oleh indidvidu-individu tempatan yang mengerjakan tanaman pertanian getah.
Harga kontrak asal ialah : RM20,488,000.00. Tarikh siap asal adalah pada 7 hb Oktober 2014. Walaubagaimanapun terdapat beberapa lanjutan masa untuk membuka sekolah ini. Lanjutan masa pertama pada 21 hb Disember 2014. Lanjutan kedua pada 20 hb Februari 2015. Manakala lanjutan ketiga pada 22 hb Mac 2015. Akhirnya sekolah ini dibuka dan mula beroperasi pada 3 hb Ogos 2015. Jangka masa menyiapkan sekolah ini adalah 2 tahun 10 bulan.
Sekolah ini mula beroperasi dengan hanya 250 orang murid yang datang dari SK Tanjung Minyak seramai 246 murid dan 24 murid dari SK Taman Bukit Rambai. Sebanyak 10 kelas saja dibuka dari Tahun 1 hingga Tahun 5.
Seramai 4 orang pentadbir dan 18 orang guru telah terpilih untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah ini. Di ketuai oleh Guru Besar,  En Zali Bin Ahmad.

Pada tahun 2016, sekolah ini dijangka beroperasi dengan sepenuhnya dengan membuka 24 buah kelas dan murid seramai 1000 orang dengan jangkaan guru seramai 80 orang.



Lencana SKTM2

 

 Keterangan Maksud Lencana  

Motto Lencana : Ilmu Suluh Budiman
Ilmu penerang hidup dan membawa kepada kesejahteraan hidup insan mulia

Buku Terbuka : Melahirkan insan yang berpengetahuan tinggi dan berkewibawaan        cemerlang                

Gandar : Melahirkan generasi murid yang berpengetahuan Sains dan Teknologi. 

Perisai : Melambangkan Jati Diri, Keberanian dan Ketahanan

Warna Merah Gelap dan Terang : Menggambarkan kesamarataan dalam pendemokrasian pendidikan. Semua murid diberi peluang belajar sama rata.

Warna Putih : Melambangkan Kesucian dan Keimanan

Frame warna emas dan coklat  pada bentuk lencana : Menunjukkan kesepaduan dan sokongan semua pihak bagi menjayakan kecemerlangan pendidikan.