Wednesday, April 20, 2016

LAWATAN PENANDA ARAS STAF SK TANJUNG MINYAK 2 KE SK SERI NEGERI DI KUAH LANGKAWI

Sempena cuti Melaka Bandaraya Bersejarah pada 15 April 2016, Staf SKTM2 telah mengambil kesempatan untuk mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SK Seri Negeri, Jalan Ayer Hangat, 07000 Kuah, Langkawi. Staf SKTM2 seramai 30 orang guru telah di sambut oleh Guru Besar SK Seri Negeri Encik Abdul Razak Bin Haji Jusoh. Lawatan selama 3 hari 2 malam telah dipenuhi dengan lawatan ke tempat-tempat menarik seperti Pantai Cenang, Cable Car Gunung Mat Cincan, Makam Mahsuri, 

Rombongan tiba di SK Seri Negeri, Langkawi


Selesai Majlis Taklimat SK Seri Negeri


Staf SKTM2 tekun mendengar taklimat


Majlis penyampaian cederahati kepada Guru Besar SK Seri Negeri 
oleh GPK1 SKTM2 Encik Ramlan Udin


Bergambar dengan murid murid SK Seri Negeri


Murid SK Seri Negeri membuat persembahan


Guru-guru SKTM2 cuba bermain perlatan muzik


Bersedia untuk menaiki feri ke Pulau Langkawi


Semasa berada di puncak Gunung Mat Cincan


Menaiki kereta kabel



Selesai lawatan di Langkawi dan menuju balik ke Melaka

MAJLIS PEMASYURAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN MUDA SK TANJUNG MINYAK 2 - 2016

Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Muda SKTM2 telah diadakan pada 22 Februari 2016 di Dataran Gemilang SKTM2. Ia telah di sempurnakan oleh Ketua Balai Polis Tanjung Minyak Tuan Sarjan Mejar Mohd Taha Johan. Seramai 100 orang murid telah terlibat dalam perlantikan tersebut. 47 murid terdiri daripada Pengawas Sekolah, 25 murid terdiri daripada Pengawas Pusat Sumber, 17 murid Pemimpin Rakan Sebaya, 10 murid daripada Pengawas Surau dan 4 orang murid Pengawas SPBT.



 Pengawas SPBT


 Pengawas Sekolah


 Pemimpin Rakan Sebaya (PRS)


 Pengawas Surau


 Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS)










Keratan Berita dari Akbar Melaka Hari Ini.

Tuesday, April 12, 2016

PERKHEMAHAN JATI DIRI SK TANJUNG MINYAK 2 - 2016

Perkhemahan ini telah diadakan selama 2 hari 1 malam pada 5 - 6 Mac 2016 di Kem Serama Park, Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka. Ia telah dirasmikan oleh Encik Zulhijri Bin Sabtu, Ketua Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Melaka.
Seramai 140 orang murid telah terlibat dalam perkhemahan ini. Antara program yang diadakan adalah seperti Berkayak, "Flying Fox", Malam Persembahan dan beberapa acara sukaneka.
 
 











 
 
 Keratan berita mengenai Perkhemahan ini di Berita Harian.
 
 


Monday, April 11, 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TANJUNG MINYAK 2 2016 KALI KEDUA

 Mesyuarat Agung PIBG SKTM2 telah diadakan pada hari Sabtu 26 Mac 2016 jam 9.00 pagi. Ia telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Zali Bin Md Yasin, Ahli Dewan Negara. Mesyuarat telah berlangsung di Dewan Seri Tanjung, SK Tanjung Minyak 2. YB Senator telah sudi merasmikan Bilik Sarana PIBG dan menanam sebatang pokok.
 
 

 













 
Keratan berita dari akhbar Melaka Hari Ini pada 4 April 2016
 


 


SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK TANJUNG MINYAK 2

Selamat datang ke laman rasmi SK Tanjung Minyak 2. Segala maklumat dan aktiviti akan di salurkan terus ke laman ini